Wednesday 25 May 2011

HARTA PUSAKA




GOLONGAN AL-FURUD (أصحاب الفروض)
-          أصحاب الفروض terdiri daripada 12 orang iaitu suami, bapa, datuk, bapa saudara sebelah ibu, isteri, ibu, nenek, anak perempuan, cucu perempuan dari anak lelaki, saudara perempuan seibu/sebapa, saudara perempuan sebapa, dan saudara perempuan seibu.
Kadar-kadar yang diprolehi oleh أصحاب الفروض adalah seperti berikut mengikut keadaan-keadaan tertentu:
1.       Org yg mendapat separuh (النصف)  dari harta pusaka si mati ialah:
a.       Suami: jika si mati tiada anak-anak dan kebawah. (anak-anak dan kebawah (الفرع الوارث) itu ialah anak lelaki, anak perempuan, cuc lelaki dari anak lelaki, cucu perempaun dari anak lelaki.)
b.      Anak perempuan : jika ia berseorangan dari org yg sama status dengannya, dan ketiadaan asobah (spt: anak lelaki atau saudara perempuan.)
c.       Cucu perempuan dari anak lelaki: jika dia persendirian dan tiada asobah dan tidak terdapat anak perempuan.
d.      Saudara perempuan seibu/sabapa: jika dia bersendirian dan tiada asobah dan tiada anak perempuan dan tiada cucu perempuan dari anak lelaki,
e.      Saudara perempuan sebapa: jika dia bersendirian dan tiada asobah, dan tidak ada anak perempuan, dan tiada cucu perempuan dari anak lelaki dan tiada saudara perempuan seibu/sebapa.
2.       Org yg mendapat ¼ (الربع) dari harta pusaka si mati ialah:
a.       Suami: jika si mati terdapat anak-anak dan kebawah. (anak-anak dan kebawah (الفرع الوارث)
b.      Isteri: : jika si mati tiada anak-anak dan kebawah. (anak-anak dan kebawah (الفرع الوارث)
3.       Org yg mendapat 1/8 dari harta pusaka si mati ialah:
a.       Isteri: jika si mati terdapat anak-anak dan kebawah. (anak-anak dan kebawah (الفرع الوارث)
4.       Org yg mendapat 2/3 dari harta pusaka si mati ialah:
a.       Dua org anak perempuan atau lebih: jika si mati tiada asobah
b.      Dua org cucu perempuan dari anak lelaki atau lebih: jika si mati tiada anak lelaki, dan tiada asobah, dan tiada dua anak perempuan.
c.       Dua org saudara perempuan seibu/sebapa atau lebih: jika si mati tiada dua anak perempuan, dan tiada Dua org cucu perempuan dari anak lelaki dan tiada asobah.
d.      Dua org saudara perempuan sebapa atau lebih: jika si mati tiada dua anak perempuan, dan tiada Dua org cucu perempuan dari anak lelaki dan tiada Dua org saudara perempuan seibu/sebapa dan tiada asobah.
5.       Org yg mendapat 1/3  dari harta pusaka si mati ialah:
a.       Ibu: jika si mati tiada anak-anak dan kebawah. (anak-anak dan kebawah (الفرع الوارث)
b.      Saudara-saudara lelaki dan perempuan seibu:  : jika si mati tiada anak-anak dan kebawah dan tiada keturunan lelaki.
6.       Org yg mendapat 1/6 dari harta pusaka si mati ialah:
a.       Bapa: jika si mati mempunyai anak-anak dan kebawah
b.      Datuk: jika terdapat anak lelaki dan tiada bapa.
c.       Ibu: jika si mati mempunyai anak-anak dan kebawah atau beberapa saudara lelaki dan perempuan seibu.
d.      Nenek sebapa ata seibu: jika tiada ada ibu.
e.      Seorg cucu perempuan dari anak lelaki atau lebih jika tiada asobah.
f.        Saudara perempuan sebapa ata lebih bersama-sama saudara perempuan seibu/sebapa, jika tiada asobah.
g.       Saudara perempuan seibu atau saudara lelaki seibu: jika si mati tiada anak-anak dan kebawah dan tiada keturunan lelaki.

الله أعلم

(Maklumat lengkap sila rujuk buku: الوجيز في الفقه الإسلامي لوهبة الزحيلي   jilid ke-3, halaman 344-348. )

Selepas pembahagian ini, barulah harta itu dibahagikan kepada Asobah:

Golongan asobah ialah: kaum kerabat lelaki dari sebelah bapa: seperti anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki, bapa, saudara lelaki seibu/sebapa, atau sebapa, bapa saudara seibu/sebapa, atau sebapa.

Jika golongan asoba ini tiada, maka harta itu akan masuk ke baitulmal. الله أعلم


No comments:

Post a Comment