Wednesday 6 July 2011

SYARAT BERPAKAIAN DALAM ISLAM



1. Menutupi seluruh badan kecuali bahagian yang dikecualikan

2. Janganlah dimaksudkan untuk menjadikannya perhiasan.

3. Hendaklah tebal yang tidak menampakkan anggota yang dilindunginya.

4. Hendaklah longgar/luas, yang tidak sempit dipakai.

5. Janganlah diwap/diasapkan dengan bahan bau-bauan.

6. Janganlah menyerupai pakaian kaum lelaki.

7. Janganlah menyerupai pakaian kaum wanita orangorang kafir.

8. Janganlah ia daripada jenis pakaian mewah yang terkenal.

SEMUA SYARAT INI BERDASARKAN AYAT AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH


(MAKLUMAT LANJUT AKAN MENYUSUL.. INSYAALLAH)

Saturday 28 May 2011

Walimah al-Urus



Assalamualaikum semua friends

ana baru balik dari rumah kenduri kahwin yg ke-3. al-hammdulillah....... dari sg jasmaninya ana sudah memnuhi tuntutannya...perut sudah kenyang... badan rasa selesa...tenaga badan sudah bertambah....utk ana melangkah ..dan menuju ke destinasi lain...

namun..dari segi rohaninya...ana telah digodam cukup2... dipijak...ditumbuk...disepak....diterajang dan seribu satu penderaan telah dilakukan oleh tuan rumah walimat urus...

apa tidaknya...bermula dari langkah pertama ana keluar kereta... sehingg a langkah terakhir masuk kereta... rohaniku dihidangkan dengan lagu2 yg menyakitkan hati... bising... lagha... jauh dari mengingati Ilahi... mengganggu org utk bertegur sapa... dan paling ana meluat ialah DJ nya lebih kuah dari sudu...

inilah fenomena walimah urus zaman sekarang.. . ingat ana...pd zaman kawin dulu... tak mcm ni rasanya... pd hari kenduri hanya riuh dengan suara2 tetamu yg hadir...bertegur sapa..bertanya khabar...berlawak jenaka...menghubungkan silatur rahim sesama muslim... kwn lama ..kini bertemu... dan masing2 ada masa yg cukup utk mengeratkan hubungan silatulrahim....tapi

kenapa zaman la ni berbeza....? adakah manusia sudah jauh dari agamanya? mana peranan alim ulama? mana peranan ibubapa? mana peranan tok batin? JKKKP? MKK? tok penghulu?..TOK IMAM.... mana semua ini?.........

FIRMAN aLLAH:

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ }المنافقون9
(Wahai org2 beriman jnglah harta benda kamu dan anak pinak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah..sesiapa yg berbuat demikian maka mrk adalah dr kalangan org2 yg rugi.) surah al-munafiqun ayat 9.

MARILAH KITA MERENUNGI AYAT DI ATAS.... SEBENARNYA KITA BANYAK DILALAIKAN OLEH HARTA BENDA DAN ANAK-PINAK... SEHINGGA KITA LUPA AKAN ALLAH...LARANGAN2 ALLAH...

ANA INSAF.... SEMOGA HARI ESOK ADA SINAR UNTUK ISLAM...

Wednesday 25 May 2011

HARTA PUSAKA




GOLONGAN AL-FURUD (أصحاب الفروض)
-          أصحاب الفروض terdiri daripada 12 orang iaitu suami, bapa, datuk, bapa saudara sebelah ibu, isteri, ibu, nenek, anak perempuan, cucu perempuan dari anak lelaki, saudara perempuan seibu/sebapa, saudara perempuan sebapa, dan saudara perempuan seibu.
Kadar-kadar yang diprolehi oleh أصحاب الفروض adalah seperti berikut mengikut keadaan-keadaan tertentu:
1.       Org yg mendapat separuh (النصف)  dari harta pusaka si mati ialah:
a.       Suami: jika si mati tiada anak-anak dan kebawah. (anak-anak dan kebawah (الفرع الوارث) itu ialah anak lelaki, anak perempuan, cuc lelaki dari anak lelaki, cucu perempaun dari anak lelaki.)
b.      Anak perempuan : jika ia berseorangan dari org yg sama status dengannya, dan ketiadaan asobah (spt: anak lelaki atau saudara perempuan.)
c.       Cucu perempuan dari anak lelaki: jika dia persendirian dan tiada asobah dan tidak terdapat anak perempuan.
d.      Saudara perempuan seibu/sabapa: jika dia bersendirian dan tiada asobah dan tiada anak perempuan dan tiada cucu perempuan dari anak lelaki,
e.      Saudara perempuan sebapa: jika dia bersendirian dan tiada asobah, dan tidak ada anak perempuan, dan tiada cucu perempuan dari anak lelaki dan tiada saudara perempuan seibu/sebapa.
2.       Org yg mendapat ¼ (الربع) dari harta pusaka si mati ialah:
a.       Suami: jika si mati terdapat anak-anak dan kebawah. (anak-anak dan kebawah (الفرع الوارث)
b.      Isteri: : jika si mati tiada anak-anak dan kebawah. (anak-anak dan kebawah (الفرع الوارث)
3.       Org yg mendapat 1/8 dari harta pusaka si mati ialah:
a.       Isteri: jika si mati terdapat anak-anak dan kebawah. (anak-anak dan kebawah (الفرع الوارث)
4.       Org yg mendapat 2/3 dari harta pusaka si mati ialah:
a.       Dua org anak perempuan atau lebih: jika si mati tiada asobah
b.      Dua org cucu perempuan dari anak lelaki atau lebih: jika si mati tiada anak lelaki, dan tiada asobah, dan tiada dua anak perempuan.
c.       Dua org saudara perempuan seibu/sebapa atau lebih: jika si mati tiada dua anak perempuan, dan tiada Dua org cucu perempuan dari anak lelaki dan tiada asobah.
d.      Dua org saudara perempuan sebapa atau lebih: jika si mati tiada dua anak perempuan, dan tiada Dua org cucu perempuan dari anak lelaki dan tiada Dua org saudara perempuan seibu/sebapa dan tiada asobah.
5.       Org yg mendapat 1/3  dari harta pusaka si mati ialah:
a.       Ibu: jika si mati tiada anak-anak dan kebawah. (anak-anak dan kebawah (الفرع الوارث)
b.      Saudara-saudara lelaki dan perempuan seibu:  : jika si mati tiada anak-anak dan kebawah dan tiada keturunan lelaki.
6.       Org yg mendapat 1/6 dari harta pusaka si mati ialah:
a.       Bapa: jika si mati mempunyai anak-anak dan kebawah
b.      Datuk: jika terdapat anak lelaki dan tiada bapa.
c.       Ibu: jika si mati mempunyai anak-anak dan kebawah atau beberapa saudara lelaki dan perempuan seibu.
d.      Nenek sebapa ata seibu: jika tiada ada ibu.
e.      Seorg cucu perempuan dari anak lelaki atau lebih jika tiada asobah.
f.        Saudara perempuan sebapa ata lebih bersama-sama saudara perempuan seibu/sebapa, jika tiada asobah.
g.       Saudara perempuan seibu atau saudara lelaki seibu: jika si mati tiada anak-anak dan kebawah dan tiada keturunan lelaki.

الله أعلم

(Maklumat lengkap sila rujuk buku: الوجيز في الفقه الإسلامي لوهبة الزحيلي   jilid ke-3, halaman 344-348. )

Selepas pembahagian ini, barulah harta itu dibahagikan kepada Asobah:

Golongan asobah ialah: kaum kerabat lelaki dari sebelah bapa: seperti anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki, bapa, saudara lelaki seibu/sebapa, atau sebapa, bapa saudara seibu/sebapa, atau sebapa.

Jika golongan asoba ini tiada, maka harta itu akan masuk ke baitulmal. الله أعلم


Monday 16 May 2011

AIR MATA SEORANG FAKIR

YA ALLAH!!!!
SETIAP PAGI AKU BANGUN
KULIHAT LANGITMU CERAH
MATAHARI TERPANCAR INDAH DI TIMUR JAUH
BURUNG-BURUNG BERTERBANGAN DI UDARA
DEDAUN POKOK MENGHIJAU ... TITIS-TITIS EMBUN MELEKAT DI ATASNYA
ANGIN BERTIUP ... MENGGOYANGKAN DEDAUN KEPALA DI HADAPAN RUMAHKU
BETAPA HEBATNYA KUDRAT MU, YA ALLAH.


YA ALLAH !!! AKU INSAN LEMAH
AKU FAKIR YA ALLAH
AKU BODOH YA ALLAH
AKU HINA YA ALLAH
AKU MISKIN YA ALLAH
AKU LEMAH YA ALLAH
 
AKU HANYA MAMPU MENIKMATI ... JARANG MENSYUKURI
AKU HANYA MAMPU MEMINTA ... JARANG MEMBERI
AKU HANYA MAMPU MEMBANGKANG ... JARANG MENCADANG
AKU HANYA MAMPU MEMERHATI ... JARANG TERLIBAT
AKU HANYA MAMPU BERCAKAP .. JARANG MEMBUAT

ENGKAU MAHA PEMURAH YA ALLAH
ENGKAU MAHA PENYAYANG YA ALLAH
ENGKAU MAHA AGONG YA ALLAH
ENGKAU MAHA PENGAMPUN YA ALLAH....

AMPUNLAH DOSA-DOSAKU YA ALLAH...
BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK BERKHIDMAT KEPADA AGAMAMU YA ALLAH
BERILAH AKU SEMANGAT UNTUK MENGAMALKAN AJARAN AGAMAMU YA ALLAH
BERILAH AKU SAHABAT YANG MEMBIMBING DIRIKU KE ARAH REDAMU YA ALLAH
AKU FAKIR YA ALLAH
AKU FAKIR... AKU FAKIR KEPADA KASIH SAYANG DAN REDAMU YA ALLAH.


YA ALLAH!!!!!!!!!!!  TERIMALAH DOA HAMBA MU INI YA ALLAH....

Friday 13 May 2011

BERUSAHALAH KERANA ALLAH SWT


Assalamualaikum, kepada semua bloggers yang, mudah-mudahan, dirahmati Allah SWT.


Firman Allah dalam surah Luqman ayat 13, bermaksud: "Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya kerana menasihatinya: Wahai anakku janganlah kamu mensyirikkan Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar."

Syirik bermaksud:  "Manusia yang menyengutukan atau menyamakan Allah dengan sesuatu yang lain, di mana dia memohon sesuatu kepadanya, mengharap akannya, takut kepadanya, berserah diri kepadanya, memohon syafaatnya, merintih kepadanya, memohon pertolongan dengannya, menjatuhkan sesuatu hukuman kerananya, menyembelih binatang kerananya, bernazar kerananya, mencintainya seperti mencintai Allah, dalam semua percakapan, keyakinan, atau perbuatan." (Rujukan : Minhaj al-Mukmin, Dr. Mustafa Murad, hal. 13.)

Berdasarkan kenyataan ini, dapat difahami bahawa segala percakapan, perbuatan atau keyakinan yang dilakukan bukan kerana Allah SWT, tetapi kerana benda lain adalah termasuk dalam erti kata syirik.

oleh itu berwaspadalah dengan niat atau qasad kita dalam setiap perkara yang dilakukan. Janganlah kita membaca buku kerana hendak lulus periksa, janganlah kita memakai tudung kerana terpaksa, janganlah kita buat itu dan buat ini kerana kawan dan lain-lain.

BUATLAH SESUATU ITU KERANA ALLAH TAALA DAN TINGGALLAH SESUATU ITU JUGA KERANANYA.

Sekian terima kasih.

Friday 1 April 2011

`


Assalamualikum..

Kepada pelajar IPG Kampus Darulaman

Anda dijemput untuk mendengar perbincangan buku fiqh terkini "AL-WAJIZ FI AL-FIQH AL-ISLAMI" karangan Prof Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaily yang akan diadakan secara mingguan bermula minggu ini seperti maklumat berikut:

Tempat: Masjid al-Nuur, IPGK Darulaman
Hari : Ahad (3/4/2011)
Masa: 3.00pm - 4.30 pm
Moderator: Ust. Mohd Zaini bin Md Zain

Anjuran: AJK Ta'mir Masjid al-Nuur, IPDA.

Sekian terima kasih.

Friday 25 March 2011

IFTAR JAMAIE

AJK Takmir masjid al-Nuur menganjurkan program Iftar Jamaie pada petang Hati Isnin (28/3/2011) bertempat di masjid al-Nuur IPDA.

Para pelajar muslim digalakkan puasa sunat pada hari tersebut dan datang ke masjid pada waktu maghrib untuk berbuka beramai-ramai.

Terima kasih.