Friday 13 May 2011

BERUSAHALAH KERANA ALLAH SWT


Assalamualaikum, kepada semua bloggers yang, mudah-mudahan, dirahmati Allah SWT.


Firman Allah dalam surah Luqman ayat 13, bermaksud: "Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya kerana menasihatinya: Wahai anakku janganlah kamu mensyirikkan Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar."

Syirik bermaksud:  "Manusia yang menyengutukan atau menyamakan Allah dengan sesuatu yang lain, di mana dia memohon sesuatu kepadanya, mengharap akannya, takut kepadanya, berserah diri kepadanya, memohon syafaatnya, merintih kepadanya, memohon pertolongan dengannya, menjatuhkan sesuatu hukuman kerananya, menyembelih binatang kerananya, bernazar kerananya, mencintainya seperti mencintai Allah, dalam semua percakapan, keyakinan, atau perbuatan." (Rujukan : Minhaj al-Mukmin, Dr. Mustafa Murad, hal. 13.)

Berdasarkan kenyataan ini, dapat difahami bahawa segala percakapan, perbuatan atau keyakinan yang dilakukan bukan kerana Allah SWT, tetapi kerana benda lain adalah termasuk dalam erti kata syirik.

oleh itu berwaspadalah dengan niat atau qasad kita dalam setiap perkara yang dilakukan. Janganlah kita membaca buku kerana hendak lulus periksa, janganlah kita memakai tudung kerana terpaksa, janganlah kita buat itu dan buat ini kerana kawan dan lain-lain.

BUATLAH SESUATU ITU KERANA ALLAH TAALA DAN TINGGALLAH SESUATU ITU JUGA KERANANYA.

Sekian terima kasih.